Tuesday 8 May 2012


Sekolah Bestari merupakan satu konsep sekolah yang menarik di Malaysia. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar yang cerdas mental dan fizikal. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah.

Penubuhan Sekolah Bestari selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.

Di sini SAYA sertakan BLUEPRINT OF SMART SCHOOL dan ROADMAP OF SMART SCHOOL untuk RUJUKAN mengenai Sekolah Bestari.

No comments:

Post a Comment