Minggu ini saya mempelajari perisian yang
baru iaitu penggunaan lecture maker. Perisian ini adalah perisian yang terbaru
saya mengenalinya. Setelah mempelajari
serba sedikit mengenai penggunaan lecture maker ini, saya dapati bahawa lecture
maker ini amat berguna untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Lecture maker ini lebih kurang sama dengan powerpoint
tetapi penggunaan lecture maker boleh menghasilkan nota dan isi pelajaran yang
lebih menarik dan cantik sekaligus memgurangkan kebosanan para pelajar ketika
proses pengajaran berlaku kerana pengajaran itu disampaikan dalam bentuk yang
pelbagai.
Aplikasi lecture maker merupakan satu jenis
media pengajaran yang digunakan untuk menyediakan bahan pembentangan atau
penyampaian yang lebih berkesan selaras dengan matlamat Malaysia melahirkan
generasi cerdik dan cerdas serta celik penggunaan teknologi. Perkara yan
menarik mengenai penggunaan lecture maker adalah ia mampu dijadikan sebagai satu
perisaian untuk menyimpan bahan pengajaran yang memudahkan guru dalam proses
pengajaran. Selain itu, lecture maker merupakan aplikasi yang amat interaktif
dan serba guna sebagai alat bantu mengajar yang menekankan perlaksanaan
integrasi ICT dalam bidang pendidikan di sekolah sekaligus mampu melahirkan
generasi Y yang berfikiran kreaktif dan kritis dengan penggunaan media
pengajaran yang menarik.
Penggunaan lecture maker boleh menaik
tarafkan kaedah pengajaran yang tradisional kepada yang lebih moden supaya
pendidikan di negara ini setanding pendidikan di negara luar.
Di sini saya sertakan gambar dan video pengenalan
lecture maker dan cara penggunaan lecture maker
~Fiena12~
No comments:
Post a Comment