Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Minggu ini saya belajar
menggunakan smartboard sebagai alat bantuan mengajar yang berteknologi tinggi. Belajar
menggunakan smartboard amat membuatkan saya teruja kerana ini kali pertama saya
mempelajari penggunaan smartboard ini. Sebelum itu, mari kita mengenali dahulu
apa itu smartboard. Smartboard atau Interactive Smart Board (IWB) merupakan
satu alat teknologi yang terkini dan inovatif yang mampu membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan di sekolah. Harga smartboard ini sekitar RM 15 ribu ringgit bagi
setiap satu. Buat masa ini teknologi smartboard ini hanya ada di sekolah bestari
sahaja tetapi di luar negara smartboard ini telah digunakan secara meluas
terutama di sekolah-sekolah kanak-kanak. Perkara yang menarik minat saya
mengenai smartboard ini adalah aplikasi penggunaannya agak sama seperti
powerpint. Tetapi perbezaan smartboard dan power point adalah boleh disentuh
paparan yang ditayang di papan putih tersebut dengan menggunakan jari, alat pen
yang khas dan pemadam papan putih yang khas.
Hal ini menarik minat pelajar untuk belajar secara berterusan dan memudahkan kefahaman para pelajar di dalam satu-satu subjek. Pendidikan di Malaysia akan maju pada masa hadapan sekirannya penggunaan smartboard ini diperluaskan secara meluas di setiap sekolah di samping dengan kemantapan ilmu pengajaran di dada setiap guru untuk mendidik anak bangsa negara.
Hal ini menarik minat pelajar untuk belajar secara berterusan dan memudahkan kefahaman para pelajar di dalam satu-satu subjek. Pendidikan di Malaysia akan maju pada masa hadapan sekirannya penggunaan smartboard ini diperluaskan secara meluas di setiap sekolah di samping dengan kemantapan ilmu pengajaran di dada setiap guru untuk mendidik anak bangsa negara.
Komponen yang diperlukan untuk
menggunakan samrtboard adalah monitor, CPU, white board dan projector. Sebelum
memulakan aktiviti IWB, kita mestilah memastikan komputer tersebut sudah di
muat turun dan di install program IWB. Kemudian kita boleh membuka komputer dan
projector seperti biasa. Pastikan semua kabel bersambung antara satu sama lain.
Whiteboard akan aktif apabila komputer dibuka.
Tangan kita berfungsi sebagai
'mouse mode' di samping mouse itu sendiri di dalam penggunaan IWB ini. Kita
boleh menggerakkan, menyulis, menekan atau apa sahaja fungsi yang boleh
digunakan oleh mouse dengan menggunakan jari. Selain itu, pen khas berwarna
warni dan pemadam juga disediakan di bahagian bawah whiteboard itu. Pen ini
berfungsi sebagai keyboard di mana kita boleh menulis, mewarna, menconteng,
membentuk atau apa sahaja yang melibatkan penulisan.
Smartboard boleh
digunakan untuk membuat nota pelajaran, aktiviti, dan penilaian.
Disini saya sertakan cara penggunaan dan
demostrasi smart board yang betul:
No comments:
Post a Comment